Thursday, August 31, 2006
Qarin Nasuha tersenyum sendirian.Sudah terlalu lama dia ingin meninggalkan kenangan lalu.Namun kali ini dia bagaikan tidak mampu untuk melupakan semua itu.Hari ini, buat sekian kalinya dia kembali kebumi bertuah.Tanah tumpah darahnya.Bumi kelahirannya.
Dia sendiri tidak tahu mengapa dia memandu terus ke sini. Duduk sendirian di hotel menjadikan dia terlalu bosan.Lalu dia memandu keluar.Tanpa sedar dia sudah keluar dari tol Sungai Besi entah mengapa hati tergerak mahu pulang ke tempat dia pernah menyulam cinta dulu.Rindunya tiba-tiba memaksa dia kesini.Perjalanan dua jam tidak sedikit pun meletihkan dia.
Apa yang dia tahu, hari ini dia mendengar kata hatinya mahu pulang ke Melaka.Sudah hampir tiga tahun dia tidak pulang ke Bandar Bersejarah itu.Kali pertama menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu dia seakan digamit kenangan lalu.
Terlalu banyak kenangan yang tersimpan.Di sana sini terperosok kenangan indah dia dan Hariz Azhan.
Terlalu banyak kenangan manis antara dia dan Hariz Azhan.Sehinggakan dia tidak mampu meluputkan sama sekali lelaki itu dari ingatannya. Biar pun sekian masa berlalu, tetapi dia hingga kini masih lagi menyintai Hariz Azhan.
Memori bersama Hariz Azhan selalu mekar dalam hatinya. Cinta dalam dirinya tidak pernah padam. Hinggakan dia seakan masih dilamun cinta bersama lelaki itu.
Biar jauh sekali pun,entah dimana sekali pun lelaki itu. Qarin Nasuha seakan dapat merasai kehadirannya.Kehangatan itu tidak pernah pudar seperti waktu-waktu dulu.Dia sehingga saat ini masih tidak dapat melupakan cinta yang dinikmati bersama lelaki itu. Tidak akan mungkin dia akan menemui lelaki seperti Hariz Azhan.
Hariz Azhan pun karisma sendiri. Kasih sayangnya terasa hangat mengalir keseluruh jasadnya walaupun sudah terlalu lama dia tidak menemui lelaki itu.Terlalu sukar untuk Qarin Nasuha menyatakan apa yang tersirat dalam lubuk hatinya.
Kerana dia sendiri seakan tidak mengerti apa yang ada dalam hatinya. Hati itu seakan bukan miliknya. Jasad itu hanya bergerak, kosong. Sekosong jiwanya yang telah lama layu dirasuk kehangatan lalu.
“Riz,” sepatah nama itu lahir dari bibir mungilnya.Sudah terlalu lama dia tidak menyebut nama lelaki itu. Cintanya pada Hariz Azhan tidak mungkin akan padam sampai bila-bila. Dan kerana itu lah dia namakan anak kecil miliknya dengan nama Hariz Azhan. Dia mahu lelaki itu terus mekar dalam jiwanya.Dan dia tidak mahu nama itu diluputkan terus dari hidup mereka sekeluarga.
Kehadiran Hariz Azhan terlalu bermakna dalam hidupnya dan dia mahu kenangan lelaki itu tetap mekar.Biarlah dia tidak mungkin akan memiliki cinta Hariz Azhan lagi, namun baginya cinta yang pernah menjadi miliknya sudah cukup memberikan seribu erti yang sukar mahu diungkapkan.
Qarin Nasuha tersenyum tatkala mengingati lelaki itu. Dia berdiri di tepi bangunan jam besar Dataran Sejarah Ayer Keroh. Membiarkan dirinya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa yang seakan memahami rentak hatinya waktu itu.
Hariz Azhan tersentak. Terdengar seakan seseorang memanggilnya. Suara yang dirindui sekian lama.Dia memerhatikan sekeliling.Seakan mencari seseorang.Matanya meliar sekitar kawasan tasik Ayer Keroh. Sejak tadi dia duduk bermenung disitu.
Dia singgah disitu sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Entah mengapa hatinya terlau kuat mahu ke tasik itu. Pandangannya tidak lepas memerhatikan Dataran Sejarah yang bertentangan.
Serta merta kenangan lalu menerjah kebenaknya. Teringat senyuman manja Qarin Nasuha. Dia masih ingat,disitulah dia dah Qarin Nasuha pernah menghabiskan masa satu ketika dulu.
Seakan terlayar kembali peristiwa lalu.Bibirnya mengukir senyuman tanpa sedar. Dia seakan telihat riak wajah yang sering dipamerkan Qarin Nasuha. Gadis itu suka benar mengecilkan mata, memuncungkan bibir bila ada yang tidak berkenan di hatinya. Dia tergelak kecil tatkala teringatkan telatah manja itu. Terlalu sukar baginya mahu membuang ingatan itu. Dan tidak mungkin dia akan melupakan Qarin Nasuha seumur hidupnya. Dia tersenyum lagi.
Alangkah bahagianya waktu itu. Waktu yang dinikmatinya bersama-sama Qarin Nasuha. Dia tidak pernah dicintai sehebat itu sebelum kehadiran gadis istemewa itu.
Lamunan tersentak bila terdengar bunyi motosikal lalu lalang memekakkan telinga.Dia memerhatikan jam tangan. Dah hampir pukul 4 petang.
Perlahan lahan dia bergerak ke kereta.Dia perlu pulang segera. Entah mengapa, berat benar dirasakan hati mahu berlalu pergi.Tapi gesaan waktu membuatkan dia tetap bergegas pergi.
Perlahan dia masuk ke perut Perdana kesayangannya.Sempat dia memerhatikan kawasan sekitar sebelum dia menghidupkan enjin dan berlalu pergi.
Hariz Azhan keluar dari simpang tiga. Menuju ke arah Tol Ayer Keroh. Sempat dia berpaling memerhatikan kawasan Dataran Sejarah itu. Hati terlalu kuat pada kawasan itu. Entah mengapa. Namun dia terus memandu menuju ke kawasan tol.
Qarin Nasuha menyusuri perlahan kawasan tasik itu.Mata meliar mencari tempat letak kereta. Kebetulan terlihat sebuah Perdana keluar.Dia memerlahankan kereta.Masuk ke tempat letak kereta setelah Perdana itu berlalu pergi.
Dia duduk seketika dalam kereta.Perlahan menanggalkan tali pinggang keledar. Entah mengapa dia berdebar debar benar saat itu.
Perasaan pelik yang sudah lama tidak dirasanya. Dulu dia seringkali merasa begitu bila dia berdekatan dengan Hariz Azhan. Dia seakan dapat merasai kewujudan lelaki itu. Tapi kini, waktu begini?
Tanyanya pada diri sendiri. Tidak mungkin Hariz Azhan ada disini.Bentak hatinya. Perlahan dia turun dari perut kereta.Dari cermin sisi dia terlihat Perdana tadi baru turun semula untuk keluar dari kawasan tasik itu.
Qarin Nasuha memerhatikan sekeliling. Tiga tahun dia tidak menjejakkan kaki disitu, tidak banyak yang berubah. Kawasan itu masih lagi menjadi pusat rekreasi keluarga.
Cuma yang berbeza, kawasan tasik sudah dimajukan menjadi kawasan tempat berlajar kayak. Satu perubahan yang baik. Bisik hati kecilnya.
Dia duduk dibangku kosong bertentangan dengan taman permainan kanak-kanak. Leka dia memerhatikan sepasang anak kecil bermain buaian disitu.Sudah lama dia tidak menyedut udara bumi Hang Tuah itu. Rindunya pada suasana itu. Ah,sudah terlalu lama rajuknya membawa dia lari jauh dari negeri kelahirannya itu.
“Riz, saya rindukan awak.”ucap Qarin Nasuha. Setelah sekian lama, baru kali ini dia mengucapkan kata-kata rindu itu. Seakan dia melepaskan kerinduan yang terpendam sekian lama dalam dirinya.
Cinta yang bertaut sekian lama seakan kembali mengeratkan apa yang ada antara mereka.Berdekatan namun takdir tidak menemukan mereka berdua.Namun ikatan batin yang ada antara keduanya seakan menghantar isyarat yang sukar mahu ditafsirkan.
Baik Qarin Nasuha mahu pun Hariz Azhan tidak tahu mengapa mereka harus kesitu. Tapi gerak hati yang kuat membawa mereka kesitu.Kata orang, bila bercinta hati jadi terlalu suci, terlalu lurus.Gerak hati orang bercinta selalunya boleh dipercayai.Dan kata-kata hati yang sedang dilamun cinta jarang sekali silap.
Ada kebaikan yang mungkin tersembunyi. Ada hikmah mereka tidak dipertemukan kali ini. Namun apa yang pasti. Kisah cinta ini akan terus mekar. Masing-masing saling menyayangi walaupun jauh beribu batu.Cinta yang ada akan terus mekar.
Kerana bercinta tak semestinya saling berdekatan dan saling memiliki. Tanpa ungkapan cinta, tak bererti cinta itu akan mati. Tanpa kata-kata sayang tak bererti hati akan berpaling. Kerana selagi ada cinta, selagi itu hati akan terus bertaut.
Masa dan jarak bukan persoalannya.Dalam hubungan Qarin Nasuha dan Hariz Azhan, segalanya bukan penghalang. Berjauhan menjadikan cinta antara mereka bertambah kuat. Mereka dilamun cinta dalam erti tersendiri.Saling menyintai dalam dunia mereka sendiri.
Pelik? Iya, mungkin pada yang tidak mengerti erti sebuah cinta. Ganjil? Ya, benar mungkin bagi yang belum pernah menemui cinta sejati. Hakikatnya masing-masing punya definisi tersendiri tentang cinta.
Biar apa sekali pun erti cinta itu, apa yang penting Hariz Azhan dan Qarin Nasuha punya kisah cinta yang berlainan. Punya karektor tersendiri. Bercinta dengan cara mereka sendiri.
“Elok la tu Riz, kesian aku tengok mak kau tu.Sampai bila nak berkeras dengan dia.Kita ni anak kena lah beralah. Mana tahu nanti bakal tunang kau tu boleh gantikan tempat dalam hati kau tu.” Koyo menepuk bahu temannya itu.
Pertama kali mendengarkan berita pertunangan itu dari Hariz Azhan dia sudah dapat membaca situasi yang bergolak dalam diri temannya itu. Hariz Azhan jelas kelihatan muram dan tiada segaris senyuman pun diwajah tampan itu.
Hariz Azhan mengeluh berat. Bertunang dengan gadis yang tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Mampukah dia membahagiakan gadis itu andai bayang Qarin Nasuha bukan sekadar hadir dalam mimpinya, tapi gadis itu masih segar hidup dalam hatinya. Hingga saat ini dia masih mampu mengingati senyuman dan senda gurau Qarin Nasuha.
Dia tidak mampu untuk menghilangkan cinta yang ada dalam dirinya walaupun bertahun cinta itu tiada bersamanya. Tapi kasih sayang Qarin Nasuha padanya masih segar di rasakan. Lalu dengan cara apa dia harus menerima kehadiran wanita lain dalam ruang hidupnya. Dia hanya akan menyakiti hati insan lain dengan pertunangan tanpa rela itu.
Dunianya sudah cukup serabut saat ini dan dia tidak mahu kelak masalah bertambah menyesakkan dadanya.
“Riz!”panggil Koyo sedikit kuat bila Hariz Azhan tidak menjawab. Temannya itu hanya mendiamkan diri saja tanpa memberikan sebarang reaksi.
“Aku tak pernah cintakan dia.” Sebaris ayat Hariz Azhan saja sudah cukup membuatkan Koyo mengerti apa yang ada didalam hati temannya itu.
“Sampai bila kau nak tunggu dia Riz?”soal Koyo.
“Bukan soal tunggu atau tidak Koyo. Soalnya aku masih sayangkan dia. Biarlah kalau orang nak kata aku hidup dalam bayang-bayang dia sekali pun. Aku tak peduli. Apa yang aku tahu, dalam ni.”Hariz Azhan terhenti seketika. Tangannya melekap ke dada.
“Dalam ni hanya ada dia. Aku sayangkan dia.Aku terlalu sayangkan dia.Tak ada sesiapa pun yang boleh ganti tempat dia dalam ni.”ujar Hariz Azhan. Dia menarik nafas. Merengus perlahan.Seakan melepaskan tekanan didada yang menyesakan dirinya.
Koyo terdiam mendengarkan kata-kata Hariz Azhan itu.Dia sendiri runsing memikirkan masalah temannya itu.Nak tolong dia tidak tahu bagaimana caranya.Entahlah, kadangkala simpati dia melihat Hariz Azhan begitu.Terbelenggu dalam cinta dan kasih sayang pada ibunya sendiri.
Dia mengerti,sejahat-jahat Hariz Azhan pun, hatinya lembut.Dia masih dapat melihat kasih temannya itu pada kedua ibu bapanya.Walaupun masih marahkan Hajah Sapina, tapi dia tahu.Dalam hati temannya itu.Hajah Sapina tetap satu-satunya ibu yang dia ada.
“Aku seakan dapat merasai kehadiran dia Koyo.Dia seolah-olah semakin dekat dengan aku.”bisik Hariz Azhan perlahan.Namun sudah cukup menyentakkan Koyo yang mendengarnya.
“Aku tahu,mungkin kau pelik. Tapi gerak hati aku tak pernah silap. Aku dapat rasakan dia berdekatan dengan aku.”pantas Hariz Azhan menjawab sebelum sempat Koyo berkata-kata.
Kata-kata Hariz Azhan itu mengelirukan Koyo.Berkerut dahinya mendengar ucapan sahabatnya itu. Namun dia mendiamkan diri.Mungkin benar telahan Hariz Azhan itu. Dia mengerti, hati orang bercinta tak sama dengan hati orang biasa.
Orang bercinta punya keistemewaan yang tersendiri.Punya rasa hati yang dalam dan kadangkala mampu menembusi apa yang tidak nyata.
“Sabarlah Riz,mungkin ada hikmah nya.Mungkin ada kebaikan yang kita tak tahu.Kalau ada jodoh kau dengan dia, sampai masa semua ini akan berakhir juga.”nasihat Koyo. Simpatinya pada kisah teman itu.Dia mahu membantu.Tapi tidak tahu bagaimana.
&!burried at 11:06 PM